Advertisement

Sunday, July 25, 2010

Memorable day


Hari yang paling aku ingat sampai bila-bila…. Xsangka lak hal semacam nie akan berlaku…

7.00 am
Seperti biasa dengan xrase bersalah, bangun dari tido untuk bersiap pergi ke kelas pukul 8 pagi. Dengan perasaan malasnye pergilah bermandi manda 

7.30 am
Apabila dah bersiap-siap untuk pergi ke kelas pagi, aku berniat nk pekene Nescafe sebelum bergerak ke kelas sambil menunggu enjin moto ku panas….
Dikala aku membuka pintu rumah, tetiba aku terpinga-pinga….

Eh….. 1…..2….mana lagi satu nie?

Dengan pantas, budak rumah aku dikejut kan… dengan niat nk pinjam moto nye…

8.15 am
Dengan tergopoh gapah, destinasi yg dituju bukan kelas seperti yang aku rancang tetapi balai polis Taman Universiti…. Sampai kat balai, daripada balai tu cam sunyi jer tetiba jadi riuh sebab kedatangan aku… mula-mula sorang jer yang layan aku tetiba rase cam ramai lak…

8.45 am
Selesai wat report, dengan hati yang berat dan perut yang kosong sebab xsempat nak pekene Nescafe berlepak lah aku kat SUB minum dan sarapan….semua nya rase serba xsedap…

10.00am
Dah tuang kelas awal pagi, xkan lah aku nk tuang kelas sapenjang hari… terpaksa lah aku pergi kelas dalam keadaan yang bingung, bengang dan sewilayah dengan nye…. Sepanjang kelas tue juga lah banyak panggilan telefon yang masuk, nak angkat memang xboleh lah sebab kelas tue lecturer nye ganas giler

12.00 pm
Tamat je kelas, aku bergegas ke rumah….sebab
1)      Dokument aku xlengkap semase wat laporan, jadi kene balik umah cari dokumnet tersebut
2)      Pihak polis hendak dating berhubugan dengan laporan aku
3)      Perut kembali lapar walaupun tekak ini xde selera
4)      Nak cari petunjuk mengenai laporan polis

Sampai jer pihak polis, jiran tetanga sorang2 keluar mengambil berat… biasa lah budaya masyarakat mesti caring nye

1.30 pm
Tetiba fiq contact tanye pasal laporan aku tadi, tetiba jer nk amek aku kat rumah… tetiba juga hujan menderu turun...secara automatik nye aku menungu fiq untuk pergi ke seminar…. Bila kereta sampai jer,  kitorg pun gerak….. dalam kereta tue telah disediakan A&w untuk aku tapi disebabkan xde selera terpaksa aku tolak walaupun perut masih kekosongan

2.00 pm
Sampai juga kat seminar walaupun lewat tapi ade lagi yang lewat xlah rase bersalah sangat. Sepanjang tu juga lah pelbagai panggilan masuk dan tidak berjawab.

4.00 pm
Seminar abes jer, tempat dituju adalah tempat lepak tetap. Dalam perjalanan tue, bermacam persoalan aku timbul disebabkan ade nye pengakuan mengenai laporan polis aku tadi. Bercampur baur perasaan aku nie..kalu ikut hati boleh mati, tapi akal masih lagi waras dan sabar ade lagi dalam jiwa.

4.30 pm
Bergegas aku pergi ke balai polis Kangkar Pulai untuk menarik balik laporan tadi…. Sampai kat balai aku lak yang disoal siasat oleh pihak polis walaupun aku hanya datang untuk menarik balik laporan tadi. Hati aku yang masih lagi panas disimbah lak dengan sessi soal jawap oleh polis. Siap gertak aku membuat laporan palsu.


8.00 pm
Disebabkan perasaan aku xreda lagi dan pihak polis menyuruh aku mencari dalang tersebut, aku terpaksa mencari dalang-dalang tersebut.  Dengan ade nye pengakuan dari dalang-dalang tersebut bergegas aku ke balai polis tapi kali ini xmasuk dalam sebabkan aku hanya nak memberi pengajaran kepada mereka yang berkenaan.

9.00 pm
Dalam perjalanan balik, kali ini aku dihubungi  oleh pihak polis daerah bahagian siasatan jenayah untuk membuat keterangan mengenai laporan aku. Pelbagai masalah yang timbul disebabkan kes itu meliputi dua bahagian kawasan.  Jadi terpaksa lah aku gegar kan kawan aku untuk pergi ke balai polis daerah Nusa jaya. Dalam keadaan daif dan papa ini, aku hanya dapat mengharapkan ehsan kawan-kawan untuk menolong aku.

10.30 pm
Sampai di balai, sessi soal jawap dimulakan…. Tetapi kali ini lebih banyak isu mengenai hal-hal agama daripada perihal laporan aku. Tengah-tengah malam macam nie pulak aku kene sekolah ngan polis pasal
1.       Adap menghadap orang tua
2.       Hikmat dalam keadaan bersuci
3.       Hukum solat
4.       Hikmat berpuasa sunat
5.       Peranan anak terhadap ibubapa
….
(bnyk lagi sebenar nye tapi aku xingt)

11.30 pm
Selesai sudah di balai, aku pun kembali lepak di KfK…

12.00 am
….…..


2 comments:

Patu said...

hahaha. sadis siot hdop ko

x said...

thank lah patu kerana memahami